Trend SOLAT HAJAT – Berjaya dalam peperiksaan je?

BIla sahaja musim peperiksaan, tidak kira UPSR, PMR dan SPM… banyak masjid, sekolah dan ibu bapa menganjurkan solat hajat untuk berjaya dalam peperiksaan. Memang murni niat itu. Tetapi adalah peperiksaan menentukan kejayaan anak kita di dunia dan akhirat. Kejayaan didunia adalah berjaya di dalam kerja yang menganjurkan amalan soleh dan meninggal larangan Allah.

Adakah peperiksaan penentu kejayaan di dalam KERJAYA?

Jarang-jarang kita dengar solat hajat berjemaah… yang meminta anak kita berjaya dalam kerjaya. Kita mahu anak kita jadi TOP SCORER, tetapi, kita mahu juga anak kita menjadi PEMBELA agama dan diri kita.

Apa kata selepas ini KITA anjurkan SOLAT HAJAT untuk berjaya dalam KERJAYA.

AMEEN YA RABBA ALLAMIN

-CER-

Published by Dr. Edly Ramly

Operational and Business Excellence Preachers

Tinggalkan komen