Baca dan fahamilah Al-Quran

Saya tergolong diantara mereka yang fasih membaca al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Lebih 30 tahun umur saya, hanya membaca tanpa memahami maksud yang tersurat, apakah lagi maksud yang tersirat.

Saya mungkin antara masyarakat kita yang berlumba-lumba untuk khatam al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan, dan kalau lagi banyak khatam… pada hemat saya mungkin lagi bagus. Sifat ini saya terbawak-bawak semasa mengerjakan Umrah 5 tahun yang lalu. Saya memasang KPI (Key performance indicator) pada waktu itu untuk khatam al-quran diMasjid al-haram.  Alhamdullillah, saya dapat fokus dan KPI saya hampir tercapai  apabila melepasi juzuk 29. Bagus tu dalam masa kurang dari 3 hari… dah sampai juzuk 29, siap dengan ibadah umrah setiap hari.

Perlumbaan itu tiba-tiba terhenti. Kenapa? Kan bagus khatamkan cepat-cepat?

Selepas solat Zuhur, tergerak hati saya untuk menggunakan Suhuf Terjemahan bahasa Indonesia dan meneruskan membaca surah-surah seterusnya. Apabila sampai ke surah Al-Qiyamat surah ke 75 ayat ke-16.. terlintas untuk saya membaca maksud ayat tersebut

Apabila saya cuba memahami maksud ayat tersebut, berjurai air mata saya… kerana kejahilan saya. FASIH tetapi tidak FAHAM. Nak CEPAT tapi tak faham! Mungkin ramai diantara kita, yang sama seperti saya. Tidak perlu kita persalahkan sistem persekolahan kita dulu, yang tidak menitik beratkan Bahasa Al-Quran tetapi menitik beratkan bahasa Inggeris… tetapi marilah kita muhasabah diri, melihat sejauh mana kita memahami yang tersurat  (tergambar) terlebih dahulu dan InsyaAllah kita kan memahami apa yang tersirat pula di dalam al-Quran.

Kerana al-Quran itu mukjizat. Apabila kita ada permasalahan, InsyaAllah al-Quran dapat memberikan jawapan.

Antara persoalan yang pernah terlintas difikiran saya… macam mana la kehidupan kita apabila kita mati, terutamanya semasa menunggu hari Kiamat. Ustaz2 dan ustazah pernah bercerita tentang siksa yang akan diterima… tetapi masa tu kan jasad kita telah habis dimamah ulat. Jawapannya terjawab apabila saya membaca surah Yasin ayat 52.

Semasa saya mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, saya berasa sedikit BAKHIL terutamanya pada mereka yang pada zahirnya sihat, TETAPI meminta sedekah. Saya juga berasa kurang senang melihat  terlalu ramai yang meminta sedekah terutama diluar Masjid-alHaram. Nampak hasil kutipan mereka agak banyak.

Buat apa nak BAGI lagi kat diorang ni?

Seperti biasa, bila ada kesempatan, saya membaca al-Quran di Masjid Al-Haram.. dan sampailah saya ke surah Al-Hadid. Aduh… KENA LAGI AKU… kenapa la aku ni BAKHIL sangat… rezeki tukan Allah yang bagi… dan suruh kita belanjakan kejalanNYA. Bagi je la… kenapa ada WAS-WAS dan akhirnya  menjadikan kita tak IKHLAS.

InsyaAllah,  ada banyak lagi pengalaman-pengalaman yang lain yang saya tempuhi semasa lebih kurang 10 hari di Kota Mekah dan Madinah pada 2 minggu lepas.  Tetapi, hari ini, saya kongsikan  dua perkara utama yang penting untuk kita mengusai KERJAYA kita iaitu:

  1. Kuasai ilmu yang ada dalam al-QURAN
  2. Dan banyakkan MEMBERI (seperti dalam formula yang pertama)

SEMOGA kita lebih berjaya di dalam KERJAYA.

Wassalam –CER-

Rujukan daripada http://www.alquran-melayu.com/

Al-Quran & Terjemahan – Bezanya
Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan dilindungi Allah swt sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran adalah kata-kata dari Allah swt

Marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustad-ustad tafsir, lihat ayat tersebut dalam konteks. Kenapa ia diturunkan. Supaya kita tidak salah tafsir. Laman web ini menerangkan konteks bila dan kenapa surah diturunkan.

Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.Marilah kita mula membaca terjemahan dengan surah pembuka, ibu segala surah, –> Al- Fatihah

Sekian, Wassalam.

AlQuran-Melayu.com

Published by Dr. Edly Ramly

Operational and Business Excellence Preachers

9 thoughts on “Baca dan fahamilah Al-Quran

  1. Kalau masih blh belajar, belajarlah… kalau tak, jadilah sperti pakcik ni…

    Source http://www.facebook.com/ustaztitm/posts/444756548898024

    Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.
    Oleh: abuhikam

    “Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

    Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

    Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

    Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

    Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

    Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

    Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

    Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

    Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

    “Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

    Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

    Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

    Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. ”

    Dipetik dari tulisan Abu Hikam.

  2. Sebelum ini, saya juga punya pengalaman yang sama…tahu baca sahaja tapi tak tau terjemahannya. Satu hari penghujung tahun lepas (2012), tergerak hati nak baca terjemahan sahaja tanpa baca ayatnya, jadi saya download apps iQuran yang ada terjemahan bahasa melayu dari Google market (guna hand phone / tab, jadi senang nak baca dimana sahaja dan bila-bila sahaja). Subnaallah, barulah sedar betapa banyaknya hikmah bila dah tahu terjemahannya. Sekarang ni, saya memang menggalakkan sesapa saja kalau boleh bila ngaji Al-Quran, bacalah terjemahannya sekali, banyak manafaatnya.

  3. Sayangi…! Begitulah bile tak Sadar gerak jasad Dan hati,tidak seiring.
    Selepas menyadari hati kita,baru kita sedar ape gerak jasad yang kita lakukan,
    Alqur’an Kalam,Allah, Surat sayang, kepada hambanya,,
    baca dn baca sampai hati memahami ,
    Nanti hati itu menjawabnya Dengan kesadaran sendiri Allah huAllam, Amien.

  4. Alhamdullillah, dlm setahun dua ni, banyak permasalahan perniagaan saya dapat penjelasan daripada al-Quran secara tiba-tiba. Tapi, terlupa pulak nak share dan nak cari balik event dan ayat-ayat yang berkaitan, tapi tak jumpa. Saya biasa mengajar anak saya mengaji selepas maghrib, sambil mendengar dan memperbetulkan bacaan mereka, saya membaca terjemahan. Pada masa tu, banyak kemuskilan dapat penjelasan.

Tinggalkan komen